Perutusan Pengarah

PERUTUSAN
Pengarah
Pejabat Pilihan raya Negeri Sabah


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat Datang ke Laman Informasi Pejabat Pilihan raya Negeri Sabah.

Informasi merupakan elemen penting untuk memberikan gambaran sebenar terhadap kewujudan sesebuah organisasi. Menerusi kemudahan teknologi maklumat dan informasi yang menjadi alat utama ketika ini, pencapaian sesuatu maklumat boleh diperolehi dengan cepat dan mudah. Sehubungan dengan itu, Pejabat Pilihan raya Negeri Sabah telah membangunkan sebuah weblog bagi memudahkan orang awam mengetahui pekara-perkara asas berkaitan Suruhanjaya Pilihan raya dan juga Pejabat Pilihan raya Negeri Sabah.

Laman ini juga merupakan satu cara bagi SPR di peringkat Negeri Sabah berinteraksi dengan pelanggannya selain dari cara-cara lain, dalam usaha membantu mereka memahami secara lebih berkesan perkara-perkara berhubung dengan urusan pilihan raya dan aktiviti lain yang dijalankan oleh SPR. Orang ramai boleh melayari Laman ini untuk mendapat maklumat yang betul dalam apa jua isu yang dibangkitkan.

Usaha ini juga menjadi sebahagian elemen pendidikan pengundi kepada orang ramai khususnya generasi baru terutama sekali para pelajar di Institut Pengajian Tinggi dan juga yang sedang menuntut di sekolah-sekolah menengah. Laman ini juga amat berguna kepada individu-individu yang ingin melakukan sebarang penyelidikan atau kajian terhadap sistem pilihan raya di Malaysia serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti Urusan Persempadanan Semula Bahagian-bahagian Pilihan raya, Urusan Pendaftaran Pemilih dan Urusan Penjalanan Pilihan raya.

Saya berharap laman ini memberikan banyak manfaat kepada anda.

Sekian dan terima kasih.

'BERKHIDMAT DENGAN CEKAP DAN TELUS'


HAJI MD IDRUS BIN ISMAIL
Pengarah Pilihan raya Negeri Sabah
Kota Kinabalu