Mengikut Perkara 113(1) Perlembagaan Persekutuan, SPR hendaklah menyedia dan menyemak Daftar Pemilih bagi pilihan raya. Hak seseorang warganegara untuk mendaftar sebagai pemilih dijamin di bawah Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan. Daftar Pemilih mengandungi butir-butir peribadi setiap pemilih termasuk nama. bahagian pilihan raya Parlimen dan Negeri. Daftar Pemilih pertama yang disediakan oleh SPR telah digunakan dalam Pilihan raya Umum 1959. Daftar ini dikemaskinikan setiap tahun dan mulai Julai 2002 setiap suku tahun.
Kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih
Mengukut Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan, untuk mendaftar sebagai pemilih, ia hendaklah seorang warganegara Malaysia, berumur 21 tahun ke atas, bermastautin di dalam bahagian pilihan raya dan tidak hilang kelayakan sebagai pemilih kerana dilucut hak kewarganegaraan, dipenjara setahun atau lebih atau tidak sempurna akal.
Seseorang warganegara yang layak perlu hadir sendiri dan mengemuakan dokumen penganalan diri serta mengisi Borang Pendaftaran (Borang A) untuk mendaftar sebagai pemilih. Mereka perlu menggunakan alamat terkini seperti di dalam Kad Pengenalan untuk mendaftar di sesuatu bahagian pilihan raya. Apabila seseorang pemilih bertukar alamat mastautinnya dalam kad pengenalan, mereka perlu membuat permohonan pertukaran alamat untuk mengundi bagi kawasan pilihan raya yang wujud mengikut alamat tempat tinggalnya.
Jenis-jenis Pemilih
Terdapat dua jenis pemilih dalam Undang-undang Pilihan raya, iaitu pemilih biasa dan pemilih tidak hadir.
Pemilih biasa namanya disenaraikan di dalam Daftar Pemilih yang sah dan perlu hadir sendiri di pusat mengundi untuk membuang undi semasa pengundian.
Pemilih tidak tidak hadir pula ialah pemilih yang layak mengikut Perkara 119(1)b dan 119(4) Perlembagaan Persekutuan,namanya telah disenaraikan di dalam Daftar Pemilih yang sah dan dibenarkan mengundi secara pos mengikut undang-undang pilihan raya. Mereka yang layak mengundi secara pos ialah anggota tentera dan pasangan, anggota polis, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan, pelajar-pelajar dan pasangan di luar negara, pegawai kerajaan dan pasangan di luar negara, anggota SPR, petugas-pertugas pilihan raya dan mereka yang diberi kelulusan khas oleh SPR.
Sistem Pendaftaran
Di peringkat awal, pendaftaran dijalankan secara manual dan semua rekod disimpan dalam bentuk manual juga.
Dengan peredaran masa dan perkembangan dalam penggunaan teknologi, rekod-rekod pemilih mula disimpan dalam komputer di Jabatan Perangkaan. Pada pertengahan 80-an, rekod ini telah dipindahkan ke pejabat SPR dan disimpan dalam sistem komputer SPR.
Pada peringkat awal, pendaftaran dialankan secara bermusim antara 21 hingga 42 hari setiap tahun. Dalam tempoh tersebut sahaja mereka ang layak dibenarkan untuk mendaftar sebagai pemilih atau bertukar alamat.
Mulai 16 Julai 2002, sistem pendaftaran pemilih sepanjang tahun telah diperkenalkan, iaitu seseorang yang layak boleh mendaftar pada bila-bila masa dan pendaftaran perlu mengikut alamat dalam kad pengenalan. Daftar Pemilih Tambahan disediakan setiap suku tahun. Daftar Pemilih Induk yang mengandungi senarai nama pemilih yang telah berdaftar tahun sebelumnya digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan yang disediakan setiap suku tahun untuk dijadikan Daftar Pemilih Induk bagi tahun semasa.