1. | SISTEM PILIHAN RAYA |
Sejak tahun 1957, Malaysia mengekalkan sistem politik pelbagai parti yang mana parti politik yang memperoleh majoriti kerusi di Parlimen (Dewan Rakyat) atau Dewan Undangan Negeri boleh menubuhkan Kerajaan Persekutuan atau Negeri. Sistem yang digunakan di Malaysia berasaskan 'First-Past-The-Post-System'. Ini bermakna calon-calon yang memperoleh majoriti akan diisytihar pemenang di bahagian pilihan raya yang berkenaan. | |
2. | UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PILIHAN RAYA |
Bagi memudahkan pelaksanaan pilihan raya, beberapa undang-undang dan peraturan telah digubal untuk memastikan prosedur pilihan raya dipatuhi sepenuhnya. Undang-undang dan peraturan-peraturan-peraturan yang digubal adalah seperti yang berikut:
Semua undang-undang dan peraturan-peraturan ini adalah berkait secara langsung dengan proses pilihan raya. Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa undang-undang yang walaupun tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan proses pilihan raya, tetapi memain peranan dalam kelancaran penjalanan pilihan raya. Ia termasuklah Akta Polis 1962; Akta Hasutan 1970; Akta Rahsia Rasmi 1972; dan Akta Keselamatan Dalam Negeri, 1960. | |
3. | ELEMEN-ELEMEN PENTING PILIHAN RAYA |
| Elemen-elemen penting pilihan raya adalah:-
|
4. | BILANGAN BAHAGIAN PILIHAN RAYA |
Dalam sistem pilihan raya yang diamalkan di Malaysia, seseorang calon dipilih untuk mewakili penduduk-penduduk sesuatu bahagian pilihan raya di Parlimen (Pilihan Raya Umum) atau Dewan Undangan Negeri (Pilihan Raya Negeri). Sehingga kini terdapat 222 kerusi Dewan Rakyat (Parlimen) dan 576 kerusi Dewan Undangan Negeri (lihat Jadual 1). | |
5. | PERSEMPADANAN SEMULA BAHAGIAN-BAHAGIAN PILIHAN RAYA |
Sebagai sebahagian daripada fungsi utamanya, Suruhanjaya Pilihan Raya bertanggungjawab untuk mengkaji semula sempadan Bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri. Seperti yang tertera di dalam Perlembagaan Persekutuan, Suruhanjaya Pilihan Raya perlu menjalankan kajian ini setiap tidak kurang daripada 8 tahun. | |
6. | PENDAFTARAN PEMILIH |
Satu elemen penting dalam sistem pilihan raya ialah seseorang pemilih itu mestilah mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum dia boleh mengundi dalam pilihan raya bagi Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. Di Malaysia, seseorang itu layak untuk mendaftar jika dia:
| |
7. | HILANG KELAYAKAN |
Seseorang pemilih akan hilang kelayakan jika dia:
| |
Pengurusan
Pilihan Raya
- Bahagian Pilihan raya Sabah
- Bilangan Pemilih Negeri Sabah
- Kedudukan Kerajaan Negeri Sabah Sejak 1963
- Keputusan PRU-12
- Laporan Pilihan raya
- Parti Politik
- Perundangan SPR Dalam Pelembagaan Negeri Sabah
- Sejarah Pilihan raya di Sabah
- Senarai Ketua Menteri Sabah sejak 1963
- Senarai Pusat Pengundian
- Sistem Pilihan raya
- Tarikh Pilihan raya DUN Sabah
- Tarikh Pilihan raya Parlimen Sabah