Sejarah Pejabat Pilihan raya Negeri Sabah



Pejabat Pilihan raya Negeri Sabah diwujudkan pada 1 Mac 196
5 setelah negeri Sabah menganggotai Mal
aysia pada 16 September 1963.

Pada awal penubuhannya
Pejabat Pilihan raya Negeri Sabah ditempatkan di Bangunan Wing On Life Kota Kinabalu sebelum berpindah ke bangunan Bank Chung Kiaw Kota Kinabalu dan Rumah Persekutuan Sembulan. Kini pejabat ini beroperasi di Aras 2, Blok A, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Negeri Sabah mulai 1 Januari 2007.

Pejabat ini diketuai oleh seorang Pengarah Pilihan raya Negeri Gred M54 (sebelum Pegawai Pilihan raya Negeri). Sehingga sekarang seramai 11 orang pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) telah dan sedang berkhidmat di Pejabat ini di samping seorang lagi pegawai PTD sebagai Timbalan Pengarah Pilihan raya Negeri Gred M48 yang dibantu oleh seramai 33 orang staf sokongan.

Senarai Pegawai Pilihan raya Negeri/Pengarah Pilihan raya Negeri yang berkhidmat di Pejabat Pilihan raya Negeri Sabah sejak tahun 1965 ialah seperti berikut:

1. Tuan L.X.Dixon (1965)
2. Datuk H.S.Sidhu (1965-1975)
3. Datuk D.C.Singhe (1976-1983)
4. Tuan Haji Zainuddin bin Sidek (1983-1986)
5. Tuan Haji Wagiman bin Thuseran (1986)
6. Encik Raymond Lim Chee Kong (Memangku) (1986-1988)
7. Datuk Haji Wan Ahmad bin Wan Yusof (1988-1995)
8. Encik Abdul Hamid bin Ali (1996-1999)
9. Tuan Haji Mohamad bin Yunus (1999-2002)
10. Encik Mohamed Mokhtar bin Ahmad (2002-2004)
11. Tuan Haji Md Idrus bin Ismail (2004 hingga sekarang)



TAHNIAH PPN SABAH!
KERANA MENDAPAT STATUS PENSIJILAN 5S

Pengarah dan Timbalan Pengarah PPN Sabah
bersama-sama staf selepas majlis pengauditan 5S
oleh MPC pada 27 Mei 2009.


Berkaitan: